“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

Pelakon, Uqasha Senrose meraih perhatian ramai apabila didakwa mempertikaikan tindakan bekas suaminya, Kamal Adli, yang telah melafazkan perceraian, semalam.

Menerusi hantaran di platform Threads miliknya, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pihak bekas suaminya membawa perkara yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup ke perhatian umum.

“Lawyer kau suruh apa yang habis dekat sini jangan bawa keluar dan kau sambung balik dengan sentimen sedih kau lagi dekat media?

“Aku ni tak ada bagi komen apa-apa lepas keluar dari bilik mahkamah dan kenapa kau akhirnya nak lafaz juga?” katanya.

Uqasha turut menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini tidak seharusnya disalah tafsir, selain menyifatkan kesabarannya ada batas.

“Tak bermakna saya berdiam diri, awak boleh main macam ni. Dengan netizen boleh awak nak gula-gula kan. Sabar ni ada had dia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, aktres filem Sumpahan Jerunei  itu turut meminta orang ramai agar tidak berlebihan memberikan reaksi terhadap isu rumah tangganya.

“Dan tolong netizen tak perlu over dan melebih-lebih sangat. Macam dia pula yang bercerai!” katanya.

Pada Isnin, Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Artikel Berkaitan: “Komen Terhadap Uqasha Sangat Biadab & Penuh Kebencian” – Aprena Manrose Tampil Pertahan Uqasha Senrose

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Tak Berdiam Diri, ‘Cari’ Individu Tabur Fitnah – “Terlampau Jahat Sangat Kata-Kata Manusia”

Scroll to Top