Kenapa marah bini sampai buang barang dalam troli bang?

Kenapa marah bini sampai buang barang dalam troli bang?

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Video seorang lelaki mencampak barang dalam troli yang dibeli isterinya di sebuah pasar raya dipercayai di Seri Kembangan, dekat sini, tular di TikTok sejak semalam.

Menerusi video itu, kejadian bermula apabila berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum lelaki itu mencampak barangan dalam troli terbabit.

Turut kedengaran isterinya melarang suaminya mencampak barangan itu malah mengatakan mahukannya untuk persiapan perayaan.

“Saya memang nak sebab raya dah nak dekat,” kata wanita terbabit dalam video tular itu.

Lelaki terbabit yang kelihatan gagal mengawal kemarahan kemudian mengambil troli itu sebelum diterbalikkan bersama-sama barangan itu.

Pertelingkahan itu bagaimanapun ditenangkan individu dipercayai pekerja pasar raya terbabit, tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya setakat ini belum menerima laporan berkaitan kejadian terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top