Pempengaruh sensasi, Imran Bard sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan video terbaru di TikTok memberi pesanan khas kepada pengguna Facebook yang masih mengecamnya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada yang terhibur dan ada juga yang semakin berang dengan kenyataannya.
“Kepada bidadari dan putera vintage di Facebook”
Dalam video berkenaan, Imran dengan nada bersahaja menggelarkan mereka yang mengecamnya sebagai ‘bidadari’ dan ‘putera vintage’.
Kepada bidadari-bidadari vintage ataupun putera-putera vintage daripada Facebook, dah-dah lah. Kenapa ni? Kenapa marah sangat ni? I love you okay? I love you so much.
Kenyataan ini membuatkan ramai netizen tidak senang duduk, terutamanya mereka yang sudah lama mengikuti kontroversi melibatkan dirinya.
Ditegur netizen dan selebriti senior

Sebelum ini, pelakon terkenal Ellie Suriaty menuntut ibu bapa Imran Bard untuk tampil memohon maaf selepas dia mendakwa dimalukan dalam satu video parodi yang dimuat naik oleh pempengaruh tersebut di TikTok.
Bagaimanapun, Imran menjelaskan bahawa ibunya tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana sedang sakit dan menerima rawatan di hospital.
Perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen, termasuk beberapa selebriti senior yang turut menegur tindakan Imran.
BACA: Rita Rudaini Tegur Imran Bard, Cara Minta Maaf Kurang Beradab!
Mereka berpendapat bahawa pempengaruh muda itu kurang beradab dan tidak sensitif terhadap isu yang dibangkitkan.
#ApaKataOhmedia
Semakin panjang nampaknya kes ni. Diharapkan kes ini dapat diselesaikan secara baik dan matang kerana kedua-duanya merupakan individu yang dikenali ramai.
