“Kenapa Perlu Bersangka Buruk? Tak Takut Dengan Fitnah?” – Sherry Ibrahim

“Kenapa Perlu Bersangka Buruk? Tak Takut Dengan Fitnah?” – Sherry Ibrahim

Pelakon, Sherry Ibrahim menafikan hantarannya di platform Threads baru-baru ini bersifat sindiran kepada seseorang individu seperti didakwa netizen.

Sebaliknya, Sherry atau nama lengkapnya, Syarizad Ibrahim, 43, menjelaskan perkongsiannya itu berkaitan dengan hidupnya sendiri, sekali gus menegur tindakan segelintir netizen yang didakwa menabur fitnah.

“Ya Allah, kenapa nak kena bersangka buruk dan buat andaian tanpa disedari. Kalian tak takut ke dengan fitnah dan tuduhan.

“Perkongsian saya itu berkaitan dengan hidup saya dan saya hanya berkongsi kepada mereka yang memerlukan. Itu sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Sherry turut menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebut netizen.

“Sejujurnya tak ada kena mengena dengan masa silam saya. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua,” katanya membalas komen seorang individu.

Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Dah Lama Berdamai Dengan Takdir, Minta Netizen Henti Ungkit Kisah Lalu – “Jangan Sakiti Saya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masih Difitnah Belum Move On Sehingga Dikritik ‘Meroyan’, Sherry Ibrahim Beri Amaran Terakhir – “Tunggu Daripada Peguam Saya”

Scroll to Top