Sebelum ini, pelakon Anzalna Nasir meminta netizen agar tidak mencipta drama susulan kehadirannya sebagai pembawa dulang hantaran dalam majlis pasangan Fattah Amin dan Amira Othman.
Anzalna berkata dia menghormati bekas isteri Fattah iaitu Nur Fazura dan Amira Othman serta menyifatkan kedua-duanya wanita hebat.
BACA: “Fazura & Amira Ada Keistimewaan Masing-Masing, Dua-Dua Kawan Saya”
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Threads, Anzalna berseloroh bertanyakan mengapa tidak suka dia mengangkat dulang dan selepas ini dia akan mengangkat kerusi pula.

Dalam hantaran berkenaan Anzalna turut meluahkan rasa sayang kepada mereka yang menyokongnya dan baginya lumrah dalam kehidupan ada yang suka dan ada yang tidak suka.
“Kenapa tak suka saya angkat dulang? Okay fine, lepas ni saya angkat kerusi pulak! hahahhahahh
“Saya sayang semua yang backup saya, yang tak backup pun saya tetap sayang juga. Sebab inilah kehidupan ada yang suka, ada yang tak suka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Anzalna tetap tenang berdepan kecaman serta berkata dia tidak akan membuka ruang kebencian.
Kita ‘chill’ sahaja sebab saya tak akan buka ruang untuk benci. Kalau kita belajar suka semuanya, hidup jadi lebih tenang. Hati jadi gembira,” tulisnya.




