“Kenapa Tetap Pakai Tak Senonoh Bila Ambil Order?” – Rider Luah Rasa Kecewa | Oh! Tidak – Oh! Media

“Kenapa Tetap Pakai Tak Senonoh Bila Ambil Order?” – Rider Luah Rasa Kecewa | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Katanya, pelanggan sebenarnya boleh tengok lokasi rider dan waktu tiba di aplikasi.


Kadang-kadang ada yang fikir kerja sebagai penghantar makanan (rider) tu mudah, tapi sebenarnya mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran.

Seperti yang dikongsi rider bernama Nizam ini, dia beberapa kali berjumpa dengan pelanggan yang tidak peka dengan pakaian mereka ketika mengambil makanan.

Rider luah rasa kecewa dengan sikap pelanggan

Katanya, pelanggan sepatutnya tahu bila rider akan tiba di lokasi berdasarkan aplikasi pesanan dibuat. Jadi, tidak sepatutnya isu tidak bersedia dengan pakaian sopan ini timbul.

Sebagai penghantar makanan, dia sentiasa cuba menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan mengharapkan agar pelanggan turut menghormati kerja mereka dengan menjaga batas dan etika berpakaian.

Dia macam ni la, masa order Grab kan awak boleh tahu saya dekat mana dan sampai bila. Tetapi kenapa tetap nak berpakaian tak senonoh bila ambil order? Kecewa rasa hati ini.

Netizen selar pelanggan wanita pakai tak senonoh

Rider

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut menyokong luahan rider berkenaan.

Rata-rata bersetuju bahawa pelanggan juga harus menjaga etika berpakaian terutama bila berurusan di luar rumah, walaupun hanya di hadapan pintu.

Ada juga yang berpendapat, mungkin segelintir pelanggan wanita tidak sedar atau terlalu selesa berada di rumah sehingga lupa menjaga penampilan bila berurusan dengan orang luar.

Pssttt! Walaupun ada di rumah sendiri, adab dan etika berpakaian tetap penting, apatah lagi bila berjumpa dengan rider. Malu lah sikit!

Kredit: TikTok @gerab_nizam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top