Kenderaan menuju ke ibu kota perlahan, aliran trafik perlahan

Kenderaan menuju ke ibu kota perlahan, aliran trafik perlahan

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan memulakan perjalanan pulang menuju ke ibu kota selepas bercuti sempena Aidilfitri setakat jam 2 petang ini.

Kemas kini akaun Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di laman X rasmi memaklumkan, trafik sesak di laluan Kuala Lumpur-Karak di beberapa lokasi.

Di Lebuhraya LPT E8, kesesakan dari arah KL sejauh 14.2 kilometer (KM) dari KM76.0 di Tol Plaza Bentong serta 4.6 km dari KM55.6 hingga KM51 di Lentang.

PLUS dalam kemas kini terkini menerusi laman X rasminya memaklumkan keadaan lebuh raya arah selatan dari Juru Auto City ke Tol Plaza Juru turut perlahan.

Sementara itu, dari arah selatan, trafik perlahan dari Bandar Baharu ke Alor Pongsu ekoran kemalangan di KM176.9 yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang.

Pelaksanaan ‘Smartlane’ di beberapa lokasi lebuh raya yang mengalami peningkatan trafik turut diaktifkan.

Sebelum ini, PLUS menjangkakan lebih dua juta kenderaan berada di lebuh raya sepanjang tempoh hari puncak pulang ke ibu kota sempena Aidilfitri iaitu pada 4 hingga 6 April ini.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan akaun X @plustrafik atau talian LPT 1-700-818-700 serta akaun X @LPTTrafik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top