Kenyataan Undang Kontroversi, Abang Siti Jamumall Tampil Jelaskan Isu ‘Main’ Yang Disebut Aiman | Oh! Media

Kenyataan Undang Kontroversi, Abang Siti Jamumall Tampil Jelaskan Isu ‘Main’ Yang Disebut Aiman | Oh! Media

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kenyataan kontroversi yang dikeluarkan suami kepada pempengaruh, Siti Jamumall ketika bertengkar.

BACA: “Otak Kau Okey Ke Tak? Sebab Dadah Kau Jadi Macam Ni” – Siti Jamumall Kena Cerai Talak 2 Secara ‘Live’

Mana tidaknya, Aiman berkata dia perlu berlaku adil dengan isteri dan bermain dengan abang iparnya dalam waktu yang sama.

Kenyataan cetus kontroversi

Ayat ‘main’ yang diluahkan Aiman telah mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen. Susulan itu, abang kepada Siti Jamumall iaitu Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin tampil beri penjelasan bagi meredakan spekulasi.

Abang Siti Jamumall jelaskan maksud sebenar

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Abiejam menjelaskan bahawa perkataan ‘main’ yang digunakan Aiman merujuk kepada aktiviti berkaitan emas, bukannya perkara yang bukan-bukan seperti yang disangka ramai.

“Kenapa Aiman kata dia kena fair dengan abang? Abang main apa dengan dia?” soal seorang individu di TikTok.

“Main emas je dengan Aiman,” jawab Abiejam.

Penjelasan itu masih mengundang pelbagai komen daripada netizen. Ada yang lega bila tahu maksud sebenar, tapi tak kurang juga yang sempat menyindir kerana kenyataan awal Aiman agak mengelirukan.

Pssttt! Inilah padahnya apabila isu peribadi pun nak tunjuk kepada umum. Tak pasal-pasal dah jadi salah faham dan fitnah.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top