Penyampai radio, DJ Sonic menyifatkan pelakon Fazura seorang wanita yang hebat selepas melalui fasa penuh dugaan sejak setahun lalu.
Menerusi perkongsian di Threads, DJ Sonic berkata Fazura tetap berdiri meskipun melalui dugaan hebat serta menitipkan doa untuk terbang lebih tinggi dan cari kebahagiaan untuk dirinya.
BACA: “Fazura Dalam Kelas Tersendiri, Tak Perlu Bandingkan”

“Kita tidak akan jadi sekuat dia. Setahun ini dia lalui dugaan hidup yang maha hebat, tapi dia tetap berdiri di hadapan. Sebab apa? Sebab dia yakin Allah sayang dia, dan dia juga yakin kita ada di sekeliling dia.
“Kepada Fazura, masa untuk awak terbang lebih tinggi cari kedamaian hati. Carilah bahagia awak, dan kami sentiasa doakan awak jadi wanita dan ibu yang sangat hebat!
“One day, Fatima pasti akan bangga punyai ibu sekuat awak Faz. Jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa,” tulisnya.
Sementara itu, DJ Sonic berkata suatu hari nanti anaknya Fatima pasti berbangga mempunyai seorang ibu sekuat Fazura.
“One day, Fatima pasti akan bangga punyai ibu sekuat awak Faz. Jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa,” tulisnya.




