“Kepada Siswa Bako-Bako, Pakcik Bersedia Jumpa Anda” – Maszlee Malik | Trending – Oh! Media

“Kepada Siswa Bako-Bako, Pakcik Bersedia Jumpa Anda” – Maszlee Malik | Trending – Oh! Media

Trending

Isu mahasiswa UMS bakar karikatur PMX, Dr Maszlee Malik gesa semua pihak turun berdialog bukan kecam.


Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tampil mengulas isu panas melibatkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA: “Anda Seorang Bacul Dan Bodoh” – Akmal Saleh Kecam Mahasiswa Bakar Gambar PMX

Jelasnya, walaupun idealisme anak muda penting, ia harus disertai dengan adab dan susila. Jika hanya mengecam tanpa beri bimbingan, ianya menjadikan siswa ini lebih yakin bahawa mereka di pihak benar.

Maszlee Malik nak jumpa mahasiswa bakar gambar PMX

Maszlee turut menyeru agar pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan bekas aktivis pelajar bertemu sendiri dengan mahasiswa ini untuk berdialog, bukan terus menghukum.

Menariknya, Maszlee menyatakan kesediaan untuk turun padang bertemu para siswa UMS, malah menyatakan kesanggupan berkunjung ke kampus mahupun asrama mereka.

Beliau mengingatkan bahawa dirinya juga pernah muda, pernah idealistik, dan pernah melakukan kesilapan.

Pakcik yakin banyak benda kita boleh bertukar pandangan meskipun pakcik bukan sesiapa dan tiada jawatan apa-apa pun.

Maszlee menyeru agar semua pihak tidak melatah, sebaliknya berbincang secara matang demi kebaikan bersama.

Pssttt! Kebebasan bersuara memang penting, tapi biarlah disalurkan secara berhemah. Semoga Dr Maszlee dapat mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dibangkitkan mahasiswa tu.

Kredit: Instagram Maszlee Malik
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top