"Keperibadian Allahyarham Dharma disenangi, dihormati ramai' – Fahmi Fadzil

"Keperibadian Allahyarham Dharma disenangi, dihormati ramai' – Fahmi Fadzil

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengenang Allahyarham Dharma Harun Al Rashid sebagai insan berkeperibadian lembut, bersahaja dan diminati ramai.

Fahmi berkongsi kesedihan pemergian Allahyarham Dharma yang dilaporkan meninggal dunia di kediamannya, di sini, malam tadi, melalui hantaran Facebook (FB).

“Saya berdukacita menerima perkhabaran bahawa seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali ke rahmatullah sebentar (malam) tadi.

“Pertemuan saya dengan Allahyarham Dharma pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada artis veteran di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) awal tahun ini masih segar dalam ingatan.

“Beliau seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja dan dihormati ramai,” katanya.

Fahmi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dharma dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dharma dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top