Keputusan Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Diumum Pagi Ini

Keputusan Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Diumum Pagi Ini

Oh! Tidak

Mahkamah bakal putuskan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan dibela diri atau dibebaskan.


Pagi ini, Mahkamah Sesyen bakal menentukan sama ada ibu bapa kepada arwah Zayn Rayyan akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan anak mereka yang juga seorang kanak-kanak autistik.

Pasangan terbabit, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 30 tahun, dilihat tiba di mahkamah sekitar jam 8 pagi, ditemani oleh tiga ahli keluarga lain yang hadir seawal 7.20 pagi.

Keputusan penting kes Zayn Rayyan…

Zayn Rayyan

Hakim Dr Syahliza Warnoh dijangka mengumumkan keputusan penting ini pada jam 9 pagi. Keputusan tersebut bakal menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Sekiranya terbukti, Zaim Ikhwan dan Ismanira akan dipanggil untuk membela diri di mahkamah. Jika tidak, mereka akan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan yang dikenakan.

Untuk rekod, perbicaraan kes ini bermula pada 4 Februari lalu dan berakhir pada 24 April 2024 setelah berlangsung selama 20 hari. Sepanjang perbicaraan, seramai 28 saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi. Manakala pihak pembelaan diwakili oleh peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Pertuduhan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan…

Keluarga Zayn Rayyan

Pasangan ini didakwa atas kesalahan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kejadian didakwa berlaku di kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pssttt! Kes ini benar-benar menyentuh hati dan membuka mata kita tentang pentingnya keselamatan serta perhatian terhadap anak-anak, apatah lagi yang memerlukan penjagaan khas seperti kanak-kanak autistik.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top