Keputusan pengadil tidak konsisten- Aguero

Keputusan pengadil tidak konsisten- Aguero

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua pasukan Sri Pahang FC, Sergio Aguero memohon maaf tidak dapat membantu pasukan apabila dia diperintah keluar padang susulan menerima dua kad kuning pada babak pertama dalam aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Malah dia turut akui, cukup sedih apabila terpaksa melihat rakan sepasukan berjuang tanpa khidmatnya yang menyaksikan JDT menang tipis 2-1.

Katanya, dia juga tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang disifatkan sebagai tidak konsisten sepanjang perlawanan itu.

“Dengan hati yang hancur, saya minta maaf kepada rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan penyokong.

“Yang kedua (kad kuning) mungkin kesilapan saya kerana bereaksi buruk. Saya tak sepatutnya berbuat demikian,” katanya.

Dalam aksi itu, skuad Tok Gajah terlebih dahulu mengejutkan JDT menerusi jaringan T Saravanan pada minit ke-14 sebelum JDT bangkit menerusi gol penalti Bergson da Silva dan jaringan kemenangan Arif Aiman Hanapi.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan adalah beberapa keputusan pengadil, Razlan Joffri Ali dilihat boleh dipertikaikan selain turut mengundang kemarahan penonton.

Dalam aksi final Piala Malaysia antara Sri Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, menyaksikan beberapa keputusan pengadil, Razlan Joffri Ali dilihat boleh dipertikaikan selain turut mengundang kemarahan penonton.

Dalam pada itu, Aguero yang juga tonggak naturalisasi negara bangga dengan prestasi pasukan yang mana mereka sudah memberikan segala-galannya.

“Saya bangga dengan rakan sepasukan. Kami bertarung 10 pemain selepas saya dikeluarkan, tapi kami tidak pernah berputus asa,” katanya.

Sementara itu, Aguero kekal komited bersama Sri Pahang yang mana beliau berkata mereka akan kembali dengan lebih gagah selepas ini.

“Ini bola sepak – kadang menang, kadang kalah. Yang penting, kami tak putus semangat. Musim depan, kami akan perbaiki kelemahan dan kembali lebih gagah”.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top