Keputusan Sukan SEA 2023 jadi tumpuan Parlimen hari ini

Keputusan Sukan SEA 2023 jadi tumpuan Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini, antara lain akan membincangkan langkah ke hadapan yang akan dilaksanakan kerajaan susulan keputusan yang diperoleh kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepadaĀ Menteri Belia dan Sukan padaĀ sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Turut tersenarai, soalan daripada Lo Su Fui (GRS-Tawau) kepada Perdana Menteri mengenaiĀ komitmen kerajaan Persekutuan untukĀ membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana yang dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Soalan ituĀ turut meliputiĀ pendekatan mengambil alih pengurusan air di Sabah sepertiĀ yang dilaporkan oleh media yang dikhuatiri bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) danĀ peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana MenteriĀ dalam memastikan komitmen berkenaanĀ dilaksanakan.

Pada sesi soal jawab pula, Ahmad TarmiziĀ Sulaiman (PN-Sik)Ā mengemukakan soalan kepadaĀ Perdana MenteriĀ mengenaiĀ usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah yang menyeluruh termasukĀ dari segi hukuman kesalahan jenayah syariah,Ā pelantikan Hakim SyarieĀ dan sebagainya.

Setelah selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan bacaan keduaĀ Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 danĀ Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. – BERNAMA

Scroll to Top