nfazlina@nstp.com.my
Rantau Panjang: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tenaga yang boleh diperbaharui sebagai langkah pada masa hadapan.
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata ia sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2025.
“Langkah ke hadapan kerajaan, kita akan mementingkan tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga boleh baru.
“Kita akan lebih tumpukan kepada tenaga boleh baru itu kerana target kita pada 2050 adalah
mencapai pelepasan sifar bersih. Sebab itu dalam persidangan ASEAN kita pentingkan kelestarian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ihsan MADANI di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2, di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu berkuat kuasa hari ini.
ST dalam kenyataan memaklumkan Shamsul Azri mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, selain pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
© New Straits Times Press (M) Bhd




