bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan berusaha untuk mencapai kadar suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 150,000 dos sehari selewat-lewatnya hujung bulan Jun.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata sehingga kini kadar vaksinasi di seluruh negara sudah mencecah 100,000 dos sehari.
“Bermula 27 Mei lalu sebanyak 107,340 dos vaksin sehari, namun selepas hujung minggu angka itu yang agak menurun akan kembali konsisten.
“Kerajaan berusaha mencapai kadar suntikan 150,000 sehari menjelang akhir bulan Jun atau lebih awal lagi,” katanya pada sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Pada masa sama, Khairy berkata, Malaysia menerima vaksin jenis Pfizer sebanyak 444,600 dos pada minggu ini bermula Rabu.
Katanya, bagi vaksin Sinovac pula, sebanyak 668,520 dos yang dibotolkan melalui pematuhan ke atas keperluan Lot Release diterima minggu ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd