am@hmetro.com.my
Pasir Puteh: Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Kelantan.
Peruntukan itu akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan khas itu untuk membantu rakyat di bawah paras miskin.
“Saya minta ICU JPM uruskan,” katanya ketika berucap di Masjid Mukim Gong Chapa Temila, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau hadir ke majlis Ramah Mesra dan Lawatan Masjid Mukim Gong Chapa Temila, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini program pembasmian kemiskinan di Kelantan sudah dilaksanakan.
“Namun, Menteri Besar Kelantan membuat permohonan tambahan untuk program membasmi kemiskinan.
“Justeru, saya bagi peruntukan tambahan khas untuk bantu rakyat bawah miskin iaitu sebanyak RM20 juta,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




