Kerajaan MADANI komited bantu pembangunan Sabah lebih adil, berimpak tinggi – PM Anwar

Kerajaan MADANI komited bantu pembangunan Sabah lebih adil, berimpak tinggi – PM Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh pimpinan, anggota dan jentera PKR di Sabah agar memperkukuh kesatuan dan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Menurut beliau, pihaknya bertanggungjawab dalam menyampaikan penjelasan berfakta kepada rakyat, melawan fitnah dengan hujah, serta membawa suara dan aspirasi rakyat Sabah dengan penuh amanah dan keikhlasan.

Pembangunan Sabah lebih adil

Pembangunan Sabah lebih adil

“Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini jauh lebih baik berbanding sebelumnya.
“Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus membantu Sabah demi pembangunan yang lebih saksama, inklusif dan berimpak tinggi,” katanya dalam sebuah majlis menyampaikan amanat di Sabah, baru-baru ini.

Malah, Anwar turut menyeru kepada agar semua cabang PKR di Sabah menyusun semula gerak kerja, memperkukuh struktur organisasi dan menambah keanggotaan sebagai persiapan menghadapi PRN.

Artikel lain: Bentuk satu pasukan! Zahid Hamidi sahkan BN-PH kunci kerjasama hadapi PRN Sabah 

Pembangunan Sabah lebih adil

“Setiap kerusi yang ditandingi mesti dimenangi dengan keyakinan, iltizam dan usaha gigih.
“Mari kita buktikan bahawa KEADILAN Sabah bersedia memikul amanah rakyat dan membawa perubahan yang bermakna untuk negeri ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan BN dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim

Scroll to Top