Kerajaan Madani serius tingkatkan kemudahan air, elektrik di Sabah

Kerajaan Madani serius tingkatkan kemudahan air, elektrik di Sabah

Kuala Lumpur: Kerajaan MADANI akan memastikan rakyat negeri Sabah tidak lagi dinafikan hak menikmati infrastruktur asas seperti air dan elektrik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen itu susulan kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di pejabat beliau semalam.

Anwar berkata kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan berhubung perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri, kesejahteraan sosial serta kebajikan rakyat Negeri di Bawah Bayu.

“Pertemuan ini mengukuhkan tekad bersama untuk membangunkan Sabah secara adil dan menyeluruh berpaksikan keperluan sebenar rakyat, agar kemajuan yang dikecapi benar-benar dirasai seluruh warga Sabah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top