am@hmetro.com.my
Putrajaya: Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besarnya perlu mengambil pendirian lebih tuntas serta tidak berdolak-dalik atau tunduk kepada tekanan politik dalam menangani polemik membabitkan institusi Raja Berperlembagaan di negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ketika ini tidak tergugat dan semua pihak perlu memastikan peraturan dan proses yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.
“Saya harap Kerajaan Negeri, Menteri Besar lebih tuntas pendirian, tidak berdolak-dalik dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan politik kerana ini soal Raja Berperlembagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Presint 10 di sini, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd

