Kerajaan Salur Bantuan RM1,500 Kepada 34 Ahli Keluarga Sukarelawan GSF | Oh! Negara – Oh! Media

Kerajaan Salur Bantuan RM1,500 Kepada 34 Ahli Keluarga Sukarelawan GSF | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Kerajaan komited untuk menjaga kebajikan para sukarelawan GSF serta keluarga mereka.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Naim Mokhtar, mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan menyalurkan bantuan spiritual dan kewangan kepada 34 keluarga sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berdepan dalam detik sukar dan penuh emosi.

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan keluarga sukarelawan yang berada di Malaysia terus menerima sokongan emosi dan kewangan yang mencukupi bagi meringankan beban mereka.

JAKIM sedia turun padang beri sokongan

516391389 778597278420401 6845153752913184854 n

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya. Dr Naim berkata, pihak JAKIM akan bertemu dengan 34 keluarga sukarelawan untuk menyampaikan bantuan daripada sudut spiritual, emosi dan psikospiritual bagi menguatkan semangat dan ketabahan mereka. Ini adalah penting untuk meringankan beban mental dan emosi yang ditanggung.

Saya telah meluluskan peruntukan pendahuluan melalui Tabung Musa’adah JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia sebanyak RM1,500 kepada setiap keluarga bagi membantu urusan segera, katanya.

Dr. Naim juga berkongsi, ​​bagi 34 sukarelawan GSF yang terlibat, sebelum ini Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000. Dana ini juga disalurkan melalui Tabung Musa’adah JAKIM – Yayasan Waqaf Malaysia.

Beliau menegaskan lagi, kerajaan komited untuk memastikan kebajikan para sukarelawan dan keluarga mereka terus terpelihara, sambil menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus berdoa demi keselamatan semua sukarelawan GSF dan kepulangan mereka ke tanah air dengan selamat.

Semalam, seramai 23 rakyat Malaysia telah ditahan secara tidak sah oleh Israel Defense Forces (IDF) di perairan antarabangsa dalam misi GSF.

Situasi terkini, Wisma Putra telah menerima maklumat bahawa semua yang ditahan dalam misi GSF berada dalam keadaan selamat dan sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Pssttt! Alhamdulillah, usaha dan keprihatinan kerajaan ini diharap dapat meringankan beban keluarga sukarelawan yang terlibat, serta memberi sedikit ketenangan dan kekuatan kepada mereka dalam menghadapi situasi sukar ini.

Kredit: Dato’ Setia Dr. Naim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top