Kerajaan sasar warga emas di Lembah Klang selesai divaksin beberapa minggu lagi

Kerajaan sasar warga emas di Lembah Klang selesai divaksin beberapa minggu lagi

PUCHONG: Kerajaan menjangkakan semua warga emas di Lembah Klang akan disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dalam masa beberapa minggu lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras keputusan golongan itu dibenarkan datang mendapatkan dos vaksin secara ‘walk-in’ atau jumpa terus di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan fasiliti kesihatan kerajaan di Lembah Klang mulai hari ini.

“Semua PPV dan klinik serta fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersedia menerima warga emas ini sama ada mereka berdaftar ataupun tidak berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke syarikat farmasutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini hari.

Muhyiddin berkata sehingga 15 Julai, terdapat 3,025,275 warga emas telah berdaftar untuk mendapatkan vaksin dan seramai 2, 680,880 atau 88.61 peratus telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebelum ini Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata warga emas yang belum mendapat janji temu boleh hadir secara terus atau ‘walk in’ di mana-mana PPV di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan vaksin mulai hari ini. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top