Kerajaan Selangor Cadang Pengunjung Diwajibkan Periksa Air Kencing Sebelum Masuk Konsert | Oh! Media

Kerajaan Selangor Cadang Pengunjung Diwajibkan Periksa Air Kencing Sebelum Masuk Konsert | Oh! Media

Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan ujian air kencing sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengunjung konsert. Langkah ini bertujuan untuk mengawal penglibatan dadah di acara hiburan di negeri tersebut.

Perkara itu dimaklumkan, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim, dia mana ia akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan berlangsung Rabu ini.

Ketatkan SOP, elak pengunjung bawa masuk bahan terlarang

Kami mahu perketatkan SOP dengan melibatkan kerjasama antara polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Jika lesen atau permit diberikan, penganjur mesti memastikan tiada penyalahgunaan dadah.- Kata Ng.

Beliau turut mencadangkan penggunaan mesin pengimbas bagi mengesan bahan terlarang yang mungkin dibawa masuk oleh pengunjung.

Ujian air kencing mungkin menjadi sebahagian SOP untuk memastikan individu yang menyalahgunakan dadah tidak dibenarkan masuk ke konsert.- Tambahnya lagi.

Pemberian permit konsert digantung sementara…

konsert

Langkah ini susulan insiden kematian empat individu selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway baru-baru ini. Polis Selangor telah menggantung sementara pemberian permit konsert sehingga siasatan selesai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menjelaskan bahawa tindakan itu diambil bagi memastikan penganjur dapat mengawal perjalanan konsert dan mengelakkan elemen jenayah seperti pengedaran dadah.

#OhmediaNasihat

Langkah kerajaan Selangor ini menunjukkan betapa pentingnya keselamatan di acara besar. Jangan ambil mudah isu penyalahgunaan dadah kerana ia boleh meragut nyawa dan memusnahkan masa depan. Kalau korang hadir ke mana-mana konsert, pastikan sentiasa menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.


Scroll to Top