Kerajaan setuju beri kelepasan am sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Kerajaan setuju beri kelepasan am sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memberi hari kelepasan am sempena Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada pada 31 Mei dan 1 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan antara lima hari kelepasan am wajib yang perlu diberikan kepada pekerja oleh majikan sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut kementerian itu, peruntukan yang terletak di bawah Akta Kerja 1955 menetapkan cuti berkenaan tidak boleh diganti pada hari lain.

Sementara itu, Hari Wesak pula adalah hari kelepasan am berbayar yang boleh dipilih majikan bagi melengkapkan enam hari kelepasan am berbayar perlu diberikan kepada pekerja.

“Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan atau mana-mana cuti yang ditetapkan, maka hari bekerja berikutnya hendaklah dijadikan hari kelepasan am gantian berbayar,” katanya.

Sehubungan itu, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum, mereka perlu memberikan 1 Jun (Isnin) sebagai cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh diganti, serta 2 Jun 2026 (Selasa) sebagai cuti gantian bagi Hari Wesak.

Bagaimanapun, cuti gantian berkenaan boleh ditukar kepada hari lain dengan persetujuan pekerja selaras dengan peruntukan undang-undang.

Dalam pada itu, pekerja yang menerima gaji RM4,000 ke bawah atau yang tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 dan diarahkan bekerja pada hari kelepasan am, layak menerima bayaran mengikut kadar yang ditetapkan.

Kenyataan itu turut menegaskan majikan perlu mematuhi ketetapan undang-undang bagi memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top