Kerajaan Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Mulai 31 Ogos Hingga 16 September | Oh! Negara – Oh! Media

Kerajaan Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Mulai 31 Ogos Hingga 16 September | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Sebelum tebus pastikan anda sudah mendaftar MyDigital ID.


Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta MyDigital ID melancarkan Diskaun Saman Kebangsaan. Kempen ini menawarkan potongan 50 peratus bagi bayaran saman trafik PDRM bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.

Pengurangan saman, tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia

Menerusi kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kerajaan memilih pendekatan yang bukan sekadar menyanjung kejayaan negara, tetapi turut memastikan rakyat merasai faedahnya secara langsung.

Jelasnya, inisiatif ini mencerminkan tanda penghargaan kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, tawaran istimewa itu hanya boleh dinikmati melalui pembayaran dalam aplikasi MyBayar PDRM dengan akses log masuk MyDigital ID.

Ia juga bagi menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam. Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini serta bersama-sama menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan moden.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara, di samping menzahirkan penghargaan kepada rakyat melalui peluang menyelesaikan saman trafik dengan lebih mudah, pantas dan selamat.

MyDigital ID pula berperanan sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang sah serta dilindungi.

541340304 1202461861927176 8164080523372081671 n

Pssttt! Yang banyak simpan saman tu, jangan lepaskan peluang ini!

Kredit: Kementerian Dalam Negeri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top