Kerajaan Terengganu Bagi Bantuan Bermakna Buat Mangsa UPSI

Kerajaan Terengganu Bagi Bantuan Bermakna Buat Mangsa UPSI

Oh! Negara

Kerajaan Terengganu beri bantuan khas RM3,000 kepada keluarga 15 pelajar UPSI yang maut.


Tragedi menyayat hati yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, masih meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia.

Sebagai tanda solidariti, Kerajaan Negeri Terengganu tampil menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM3,000 kepada setiap keluarga mangsa terlibat.

Kerajaan Terengganu sudah mula salur bantuan…

Cikgu Hina Upsi

Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, RM1,000 daripada jumlah tersebut telah pun diserahkan lebih awal kepada keluarga mangsa.

Kerajaan negeri melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada semua mangsa yang terlibat.

Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan kebajikan sebanyak RM1,000 kepada 33 individu yang cedera dalam kejadian sama. Ini jelas menunjukkan usaha membantu bukan hanya terhenti pada keluarga mangsa maut.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan solidariti kerajaan negeri terhadap keluarga yang ditimpa musibah.

Menteri Besar mohon doakan yang terbaik…

Gambar Bas

Menteri Besar juga menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap insiden yang berlaku dan menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk terus mendoakan kesejahteraan mangsa dan keluarga mereka.

Kerajaan negeri amat terkesan dengan tragedi ini dan komited untuk membantu sedaya mungkin. Kerajaan negeri juga memohon seluruh rakyat Terengganu agar terus mendoakan kesejahteraan mangsa dan semoga keluarga mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Pssttt! Tragedi ini bukan hanya dirasai oleh keluarga mangsa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Di sebalik kesedihan, keprihatinan dan bantuan dari Kerajaan Terengganu sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan. Semoga semua keluarga terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top