PETALING JAYA: Kerajaan komited meneruskan inisiatif pas bulanan My50 di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang akan memberi manfaat kepada hampir 180,000 pengguna.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedar bahawa perkhidmatan pengangkutan rel dan bas penting kerana memberi manfaat besar khususnya kepada masyarakat bandar untuk bergerak ke tempat kerja.
“Prasana juga secara rintis akan memperkenal Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bahru yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST).
“Kerajaan juga menyediakan RM150 juta untuk program SBST termasuk perluasan pelaksanaan Program SBST ke bandar Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu,” katanya. – UTUSAN