Kerajaan wilayah Davao del Norte rancang beli minyak dari Malaysia

Kerajaan wilayah Davao del Norte rancang beli minyak dari Malaysia
Kerajaan wilayah Davao del Norte rancang beli minyak dari Malaysia

Edwin Jubahib (kiri) berkata, rundingan awal telah diadakan melibatkan pihak di Johol, Negeri Sembilan dengan maklum balas positif. Foto: Agensi

MANILA– Kerajaan wilayah Davao del Norte merancang membeli 44 juta liter minyak mentah dan petrol dari Malaysia bagi membantu mengekang kenaikan harga minyak di wilayah itu yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, menurut kenyataan rasmi pada 25 Mac 2026, lapor Philippine News Agency.

Gabenor wilayah, Edwin Jubahib berkata, perbincangan awal dilakukan dengan pihak di daerah Johol di Negeri Sembilan, kerana kawasan itu memiliki simpanan besar minyak mentah dan petrol.

“Mereka memberi maklum balas positif dan bersetuju untuk membekalkan sebahagian daripada keperluan kami,” katanya.

Minyak itu dijangka dibekalkan melalui Petronas, syarikat petroleum nasional Malaysia.

Beliau menambah bahawa jumlah 44 juta liter adalah untuk penghantaran sekali sahaja, dan wilayah ini mempunyai kapasiti untuk membayar pesanan pukal tersebut.

“Kami akan pastikan bekalan ini tersedia supaya dapat menstabilkan pasaran tempatan bagi rakyat Dabaonon,” jelasnya.

Kerajaan wilayah juga sedang mencari depoh simpanan yang sesuai untuk minyak itu selepas perjanjian diluluskan.

Sebagai langkah penjimatan bahan api, mereka telah memperkenalkan sistem berkongsi kenderaan (carpooling) dan membeli dua tanker besar berkapasiti 24,000 liter setiap satu untuk kegunaan kecemasan, termasuk kenderaan penyelamat.

Davao del Norte, terletak di pulau Mindanao di bahagian selatan Filipina, bersempadan dengan wilayah Davao Oriental, Davao de Oro dan Bukidnon.

Ibu kotanya, Tagum City, menjadi pusat pentadbiran dan ekonomi wilayah tersebut. Wilayah ini terkenal dengan sektor pertanian, khususnya tanaman kelapa, pisang, dan durian.

Proses rundingan masih berjalan dan kerajaan wilayah berhasrat mematuhi prosedur pembelian Malaysia untuk memastikan kelancaran bekalan minyak kepada penduduk tempatan. – Agensi

Ringkasan AI

  • Davao del Norte merancang membeli 44 juta liter minyak dari Malaysia bagi menstabilkan harga bahan api
  • Rundingan awal melibatkan pihak di Johol, Negeri Sembilan dengan maklum balas positif
  • Bekalan dijangka disalurkan melalui Petronas sebagai pembekal utama
  • Kerajaan wilayah turut melaksanakan langkah penjimatan seperti carpooling dan pembelian lori tangki
  • Rundingan masih berjalan dengan fokus mematuhi prosedur Malaysia untuk kelancaran bekalan
Scroll to Top