Kerala teruskan kelas zumba di sekolah walau terima tentangan

Kerala teruskan kelas zumba di sekolah walau terima tentangan
Kerala tetap meneruskan perlaksanaan kelas zumba di negeri tersebut. Foto: BBC

Kerala tetap meneruskan perlaksanaan kelas zumba di negeri tersebut. Foto: BBC

KERALA – Kerajaan negeri tetap bertegas meneruskan pelaksanaan kelas zumba di sekolah-sekolah awam sebagai usaha membendung gejala penagihan dadah meskipun menerima tentangan hebat daripada kumpulan tertentu.

Sebanyak 14,000 sekolah kerajaan di negeri itu telah diminta menganjurkan sesi zumba secara harian sebagai sebahagian daripada kempen antidadah dilancarkan bulan lalu.

Bagaimanapun, beberapa organisasi keagamaan menuduh tarian tersebut sebagai satu bentuk penjajahan budaya dan menggesa ibu bapa serta guru memboikot program berkenaan kerana didakwa bertentangan dengan nilai moral dan kepercayaan agama.

Menteri Pendidikan Kerala, V Sivankutty berkata, kerajaan negeri menolak dakwaan itu dan menegaskan bahawa agama tidak seharusnya dicampur- aduk dengan pendidikan.

“Mereka yang membantah langkah itu lebih berbahaya daripada masalah dadah.

“Ia bukan satu paksaan, sebaliknya pelajar boleh memilih untuk tidak menyertainya,” katanya.

Bantahan terhadap program itu tercetus selepas Kerala memperkenalkan beberapa langkah baharu bulan lalu bagi mengekang peningkatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Langkah tersebut termasuk pemantauan lebih ketat, kempen kesedaran, program pemulihan serta sesi zumba dikendalikan jurulatih bertauliah.

Kerajaan juga menetapkan agar semua pelajar memakai pakaian seragam semasa menyertai sesi tersebut.

Scroll to Top