Kerani rugi RM1 juta diperdaya sindiket pelaburan saham

Kerani rugi RM1 juta diperdaya sindiket pelaburan saham

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerani syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham menerusi Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita berusia 65 tahun.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan dia menyertai pelaburan saham di Facebook sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang ditadbir seorang individu.

“Wanita berkenaan dijanjikan pulangan sehingga 40 peratus. Bagi tujuan pelaburan mangsa diminta untuk membuat 11 transaksi bayaran membabitkan tiga akaun bank berbeza berjumlah RM1 juta.

“Pada Februari lalu, mangsa bercadang untuk membuat pengeluaran keuntungan pelaburan, namun diminta untuk mendepositkan wang sebanyak RM309,208 terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari diperdaya apabila dia gagal memperoleh keuntungan seperti yang dijanjikan.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah memperdayakan mangsa melalui iklan pelaburan di Facebook,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top