Kerap tunjuk wajah ‘sipi2’ Bilal, ‘batin’ peminat Neelofa mulai terseksa

Perkongsian-perkongsian selebriti terkenal, Neelofa berkaitan anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Haris kerap menjadi sorotan netizen.

Walaupun dia masih belum menunjukkan wajah anak sulungnya itu, namun ramai yang ‘geram’ dengan Bilal yang terlihat gebu dan sihat.

Dalam perkongsian terbaru Neelofa di Instagram, dia telah memuat naik wajah Bilal yang ditutupi pelitup muka dan emoji cermin mata hitam.

Posting tersebut telah dipenuhi dengan komen-komen dari peminatnya yang memuji kecomelan Bilal yang sudah mulai membesar.

Dari sosok tubuhnya sahaja dapat dijangka bahawa Bilal sangat comel mewarisi wajah ibu bapanya yang segak.

Ada juga peminat yang sudah tidak tahan lagi menanggung rasa ingin tahun sehingga mengatakan ‘batin’ netizen mulai terseksa apabila ternanti-nanti bilakan Neelofa akan mendedahkan wajah anak lelakinya itu.

 

 

Untuk rekod, Neelofa telah selamat melahirkan anak sulungnya pada penghujung Mac lalu. Selebriti yang kini sudah berniqab itu telah melangsungkan pernikahan dengan Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz pada 27 Mac 2021.

Sumber: Instagram Neelofa