Kereta kena tarik? Wanita rasa menyesal, gaji RM10k pun belum mampu bayar Vellfire

Kereta kena tarik? Wanita rasa menyesal, gaji RM10k pun belum mampu bayar Vellfire

Lebih baik hidup dalam kesusahan daripada pura-pura kaya tetapi realitinya, hutang dikeliling pinggang kerana bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri yang menggalakkan kita untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

Tapi, agak berbeza bagi seorang wanita Aien Suraya apabila berkongsi video yang memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya.

@aien_suraya

belum mampu lagi 🥲🥲🥲

♬ bunyi asal – hilang – hilang

Melalui video TikTok tersebut, usahawan tudung itu mengatakan bahawa dia tersilap langkah dalam menguruskan kewangan  dan terjerat dengan hutang kerana menyangka pendapatan diperolehnya sebanyak RM10,000 sebulan mampu memiliki kereta jenis Toyota Vellfire.

Difahamkan, dia berasa terbeban untuk menjelaskan hutang kenderaan berwarna putih tersebut yang perlu dibayar sebanyak RM3,000 sebulan dan turut mengakui kesilapannya memilih kereta itu sebagai kegunaan harian.

@aien_suraya

Replying to @Putra Adly Adly alamak pecah tembelang 😔

♬ Top Topan – 🌙ʊʀʍօօռ

Aien turut berkongsi bahawa sifat teringin yang membuak-buak bagi memiliki kereta yang popular bagi golongan T20 itu menjadi punca dirinya bertegas untuk meneruskan pembelian.

Malah, dia juga menyedari tersilap langkah selepas tidak mampu melunaskan hutang bulanan selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Rakaman berdurasi 15 saat itu memperoleh 1.1 juta tontonan, hampir 20,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta yang berdasarkan kemampuan masing-masing.

Sumber: Tiktok Aien Suraya

Scroll to Top