Kereta wanita dilarikan, pemandu2 lain bersatu ‘block’ suspek raih pujian netizen

Kereta wanita dilarikan, pemandu2 lain bersatu ‘block’ suspek raih pujian netizen

Kejadian buli ataupun jenayah di jalan raya semenangnya kerap berlaku. lebih-lebih lagi melibatkan pemandu kenderaan yang berseorangan terutamanya golongan wanita.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di Twitter, satu akaun dikenali sebagai penanam anggur telah memuat naik beberapa video yang diperoleh dari dashcam kereta memperlihatkan kereta seorang pemandu wanita dilarikan oleh seorang lelaki.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah persimpangan dan membuatkan pemandu-pemandu yang berada di sekitar kawasan tersebut tampil memberikan bantuan.

Apa yang menariknya, beberapa buah kereta telah berjaya mengepung lelaki tersebut sehingga dia tidak dapat menggerakkan kereta. Salah seorang individu yang membantu telah keluar dari kenderaannya dan menarik keluar lelaki tersebut dan menahannya daripada lari.

Orang ramai yang turut mengejar kereta yang dilarikan itu juga sama-sama membantu menghubungi pihak berkuasa dan memastikan suspek tidak melarikan diri.

Walaupun belum mengetahui kisah sebenar disebalik kejadian kereta wanita itu dilarikan, rata-rata warganet mengakui berpuas hati melihat suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai.

Mereka juga berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sama-sama bersatu hati membantu wanita tersebut yang sedang ditimpa kesusahan.

Sumber: penanam anggur

Scroll to Top