Kerisauan penularan Covid-19 di HUSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Bharu: Beberapa kakitangan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian didapati positif Covid-19 dan dikuarantin, dilaporkan sumber.

Ini mengakibatkan dua unit ditutup manakala beberapa wad kini beroperasi di bawah kapasiti biasa kerana kekurangan kakitangan.

Unit bilik bersalin di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HUSM, dan Unit Bedah Dependensi Tinggi (SHDU) perlu ditutup, menurut seorang kakitangan HUSM.

Dilaporkan, hal ini telah menyebabkan beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital kerajaan berdekatan di Kota Bharu.

Juga, dikatakan 600 pelajar di kampus perlu dikuarantin di asrama mereka berikutan kejadian itu.

Bagaimanapun, media gagal untuk mendapatkan komen rasmi daripada pihak berkuasa, termasuk Kementerian Kesihatan dan pengurusan tertinggi HUSM.

Pegawai perhubungan awam hospital hari ini menghantar semula kenyataan 26 November oleh Pengarah HUSM Dr Ahmad Sukari Halim, yang menyebut hanya KKM berkuasa untuk mengeluarkan makluman rasmi mengenai kes positif Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, tidak mengesahkan atau menafikan wabak meletus di hospital berkenaan ketika dihubungi media hari ini, “Siasatan sedang dijalankan,” katanya melalui pesanan teks. – MalaysiaKini