Disebabkan tuntutan ekonomi, ramai yang memilih bekerja lebih dari satu pekerjaan demi menyara kehidupan. Biasalah kalau siapa yang rajin dan kerja lebih gigih, mestilah dia yang dapat banyak.
Sebab tu, ramai yang jadikan kerja penghantaran sebagai side hustle. Logiknya mudah, lagi banyak masa dan usaha, lagi tinggi pendapatan yang anda peroleh hujung bulan.
Tapi yang menariknya, Lalamove bukan sekadar bagi peluang cari rezeki, mereka juga hargai pemandu yang rajin dengan ganjaran sehingga RM12,000!
Berpeluang menangi ganjaran RM12,000

Bagi menghargai pemandu mereka yang memenuhi keperluan pelanggan ke sana-sini dengan perkhidmatan terbaik, Lalamove menawarkan Lalamove Jom Move Challenge!
Peraduan ini menawarkan jumlah hadiah sehingga RM12,000 yang akan dikreditkan dalam Lalam`ove Driver Wallet.
Ada 6 pemenang dari setiap kategori kenderaan dicari iaitu Motosikal, Kereta, Kereta (e-hailing), Pikap 4×4, Van dan Lori. Peraduan ini layak disertai oleh rakan pemandu lama atau yang baru mendaftar.
Cara penyertaan

1. Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove untuk kategori Motosikal, Kereta, Kereta (e-hailing), Pikap 4×4, Van atau Lori.
2. Layari laman rasmi Lalamove Jom Move Challenge dan daftar masuk peraduan.
3. Buat pesanan sebanyak mungkin sepanjang tempoh peraduan. Setiap satu pesanan lengkap akan melayakkan 1 penyertaan.
Peraduan berlangsung bermula dari sekarang hingga 12 Disember ini. Jadi, sempat lagi ni guys nak daftar dan kumpul order tertinggi!
Syarat penyertaan

Untuk melayakkan menyertai peraduan ini, anda mesti berdaftar sebagai rakan pemandu Lalamove dan memandu Motosikal, Kereta, Kereta (e-hailing), Pikap 4×4, Van atau Lori.
Rakan pemandu juga mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (atau 21 tahun ke atas bagi kategori e-hailing) dan memiliki lesen memandu sah.
Selain itu, pemandu juga mesti memiliki smartphone dengan sekurang-kurangnya iOS 11 bagi pengguna iPhone dan Android 6.0.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman INI sekarang!
Sertai hari ini dan buat pesanan sebanyak mungkin sepanjang tempoh peraduan kerana ganjaran bernilai sehingga RM12,000 menanti anda!
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.




