Kerja pembaikan paip selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Air Selangor Work

Shah Alam: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24, dekat sini, selesai pada jam 6 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata bekalan air ke enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang terjejas iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 sudah mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 6.50 pagi tadi.
“Bekalan air di enam kawasan ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari ini.

“Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di
“Pengguna juga boleh merujuk saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam mengalami gangguan bekalan air mulai jam 10.30 malam, akibat paip pecah. Sumber: Bernama
Malay News
National Desk