Kerja sudah selesai, bayar duit aku – Zulin

Kerja sudah selesai, bayar duit aku – Zulin

KUALA LUMPUR – Pelakon, Zulin Aziz meluahkan rasa apabila bayaran yang sepatutnya diterima selepas kerja selesai tidak diperoleh seperti yang dijanjikan.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, dia sudah letih menuntut bayaran kerja yang dijanjikan seolah-olah dirinya seorang peminta sedekah.

“Penat dah aku kasi muka! Kerja dah buat tapi bayaran mengelat nak bayar. Orang kerja pakai kudrat. Kerja kemain kerah orang nak bayar buat-buat lupa. Aku malas nak cakap elok-elok dah. Penat kerja pun tak habis lagi.

“Ada yang dua bulan tak bayar-bayar, ada yang dari minggu ke minggu kepala otak dia… ada yang eh lupa, jap jap, kepala nenek dia… ada yang kena minta macam minta sedekah.

“Kita kalau mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita. Jarang aku marah tapi aku rasa dia orang ini kalau tak cakap memang dia seronok hutang orang,” katanya.

Zulin meluah rasa tidak puas hari itu menerusi Instastory miliknya hari ini tanpa enyebut nama mana-mana pihak yang dimaksudkan.

Menerusi perkongsian yang lain pula, Zulin berkata,  selepas ini dia enggan lagi bertimbang rasa soal bayaran dan akan bersikap profesional.

Malah dia turut bertegas untuk menerima bayaran penuh sebelum melakukan sesuatu kerja yang ditawarkan.

“Aku ini kerja kot, bukan buat amal jariah. Lepas ini aku malas dah nak deal macam ini. Nak, bayar dulu. Selama ini klien semua bayar 100 peratus, esok juga aku siapkan! Lepas ini nak bayar sikit-sikit ke, 50-50 ke, bulan-bulan ke, tak ada lagi. Tak ada duit tak payah cakap.

“Bukan sikit-sikit, ribu riban dia orang tak bayar. Kumpul-kumpul itu puluh ribu tau. Manalah tak sakit jiwa!

“Jadi garang salah jadi lembut pijak kepala, nak jadi apa sekarang ini. Doakanlah semoga mangkuk-mangkuk di atas dibukakan hati bayar duit aku… Amin,” ujarnya. – MalaysiaGazette