am@hmetro.com.my
Shah Alam: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes pelakon lelaki yang ditahan berhubung kes dadah minggu lalu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
“Kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan pada Timbalan Pendakwa Raya dengan mendapat beberapa arahan untuk dilengkapkan lagi.
“Justeru dalam tempoh itu memberikan jaminan polis terhadap individu terbabit sementara untuk dilengkapkan kertas susatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Pada 29 Januari lalu, pelakon terbabit ditahan polis selepas ujian saringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis.
Penahanan pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah.
Difahamkan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.
Sebelum ini, pelakon terbabit turut pernah ditahan berkaitan dadah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman selepas mendapati pelakon itu bersalah kerana menggunakan dadah dikenali THC.
Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda RM5,000.
© New Straits Times Press (M) Bhd




