Kes amang seksual & kelucahan melampau: PU Azman tetap tersenyum lebar

Kes amang seksual & kelucahan melampau: PU Azman tetap tersenyum lebar

Ramai yang tidak menyangka, penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman telah dilaporkan didakwa lagi atas tiga pertuduhan iaitu  melakukan amang seksual dan satu kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di dua mahkamah berasingan.

Difahamkan juga, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 41 tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu.

Pun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @aminhazlan di laman TikToknya, kelihatan PU Azman kekal tenang menjawab segala persoalan yang diajukan oleh pemilik video terbabit.

@amin_hazlan

Cik Man mohon doa orang ramai #puazman #cikman #fyp

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

Dalam video tersebut, PU Azman tersenyum lebar diiringi dengan ketawa kecil menjawab telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada wartawan dan meminta orang ramai untuk mendoakan urusannya di mahkamah.

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui sedikit sebanyak menganggu fikirannya susulan dakwaannya itu namun. dia tetap meneruskan perkara tersebut dengan rela hati.

“Doakan Cik Man, terima kasih kepada wartawan. Benda itu ikhlas, sedikit sebanyak kita memikir jugalah, tapi nak buat macam mana kita kena teruskan. Doakan saya,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa  sebak dan rindu mereka terhadap penceramah yang berusia 41 tahun itu malah mereka turut menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmahnya serta hanya Allah sahaja mengetahui segalanya.

Bahkan, mereka juga mendoakan agar urusan PU Azman sentiasa dipermudahkan dan berharap PU Azman sentiasa dilindungi Allah selalu.

Terdahulu, PU Azman dituduh menerusi dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.

Sumber: TikTok @aminhazlan