Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila keadaan dirinya berada dalam keadaan baik meskipun berdepan tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Memetik laporan Berita Harian, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, berkata dia kini memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembikinan lagu dan perkembangan karier seninya.
“Alhamdulillah, saya baik. Saya sibuk dengan muzik semula dan sedang menulis juga. Selain itu, saya hanya betul-betul fokus kepada diri saya dahulu,” katanya.
Menurut Naim, isu yang sedang hangat diperkatakan itu tidak menjejaskan perjalanan seninya.
Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut berharap peminat sentiasa bersabar menantikan perkembangan kes berkenaan.
“Alhamdulillah, dengan adanya kes ini atau tidak saya tetap lakukan sebab sudah jadi kerja saya.
“Saya akan buat kerja seperti biasa juga. Harpa semua orang dapat sama-sama bersabar untuk perkembangan seterusnya. Insya-Allah,” katanya ringkas.
Pada pagi Isnin, Mahkamah Sesyen menetapkan 19 September sebagai tarikh pengurusan kes pertuduhan amang seskual membabitkan pelantun lagu Seni Berdamai Dengan Takdir itu.
Peguam yang mewakili Naim, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, memaklumkan anak guamnya hadir ke mahkamah pada pagi Isnin untuk menyerahkan dokumen kepada pihak pendakwaan bagi pengurusan kes.
Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan terbabit di sebuah hotel pada 19 Mei.
Artikel Berkaitan: Naim Daniel Mengaku Tak Bersalah Amang S*ksual Remaja 17 Tahun… Pasport Diserah Kepada Mahkamah, Diikat Jamin RM12,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Tuduhan Ini Sangat Berat, Saya Mahu Bersihkan Nama” – Isu Amang Seksual, Naim Daniel Mohon Doa
Artikel Berkaitan: Caprice Dakwa Ada Bukti Isu Amang Seksual Naim Daniel? – “Pernah Ke Kita Bertindak Kosong?”
Sumber: Berita Harian
Kredit foto: NSTP/Mohd Fadli Hamzah