Kes dera Little Aresha terbongkar, 13 individu ditahan

Kes dera Little Aresha terbongkar, 13 individu ditahan
Kes dera Little Aresha terbongkar, 13 individu ditahan

Pusat jagaan harian itu kini ditutup sementara siasatan dijalankan. – Foto Agensi

YOGYAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia memberkas 13 individu selepas imej penderaan ke atas kanak-kanak di sebuah pusat jagaan harian tersebar hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Penahanan itu dibuat ketika serbuan ke atas Little Aresha di Yogyakarta pada minggu lalu selepas menerima aduan daripada bekas staf yang prihatin dengan nasib kesemua budak berkenaan.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak, kebanyakannya berusia bawah dua tahun terbaring di atas lantai dengan hanya memakai lampin pakai buang dengan tangan dan kaki mereka diikat menggunakan kain.

Polis mengesahkan rakaman itu adalah tulen turut menemui kira-kira 20 kanak-kanak ditempatkan dalam sebuah bilik sempit berukuran hanya sepanjang tiga meter dan tiga meter lebar.

Ketua Polis bandar itu, Eva Guna Pandia berkata, mereka yang dinamakan sebagai suspek termasuk guru besar dan ketua yayasan yang mengendalikan pusat tersebut.

“Pusat jagaan kanak-kanak itu menempatkan kira-kira 100 kanak-kanak dan lebih separuh daripadanya dipercayai telah didera. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” ujarnya lagi. – AFP

Scroll to Top