Oh! Tidak
Datuk Mohamad Azlan dan adiknya didakwa di Mahkamah Besut kerana merosakkan kereta wanita serta menyebabkan kecederaan.
Seorang usahawan hartanah bergelar Datuk yang ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan di Besut baru-baru ini membuat pengakuan tidak bersalah.
Memetik laporan Harian Metro, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali dan adiknya Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, dituduh melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta Perodua Bezza pada 23 Oktober lalu.
Video pergaduhan di Besut tular
@rawatandadah Ahli perniagaan bergelar Datuk antara lapan ditahan kes pergⱥdʉhⱥn tular di Besut Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk antara lapan individu ditahan bagi membantu siasatan kes pergⱥdʉhⱥn yang tular menerusi siaran langsung di media sosial pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad berkata, semua suspek berusia 21 hingga 40 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Besut. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam di hadapan sebuah rumah di Jerteh apabila mangsa yang membuat siaran langsung mendakwa dipʉkʉl sekumpulan individu ketika datang berbincang mengenai salah faham dengan suspek. Menurut beliau, mangsa enggan masuk ke rumah seperti diminta, menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum ahli keluarga suspek turut campur tangan hingga tercetus pergelʉtⱥn. Mangsa mendakwa telefon bimbitnya diambil, manakala mangsa mengalami lebⱥm di kepala, siku, jari dan belakang badan serta turut mendakwa kenderaannya rosak. Kesemua suspek direman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merʉsʉh dan khianat – SINAR HARIAN . #kes #gaduh #scammer #hartanah #azlan .
♬ original sound – Rawatan Pulih Dadah Jarak Jauh – Rawatan Pulih Dadah Jarak Jauh
Dalam prosiding yang dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fadhli Mahmud, perbuatan khianat yang dibuat tertuduh didakwa menyebabkan jumlah kerugian RM 5,000.
Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM 6,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 November 2025.
Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa.

Selain itu, adik kepada Datuk berkenaan iaitu Mohd Mustakim Abdullah @ Ali berdepan satu lagi kesalahan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada Wan Hafizie Wan Mohamad.
Perbuatan itu didakwa dilakukan bersama dengan tiga lagi individu lain iaitu Ramli Mohd, Muhammad Shafiq Hakimi Hussain serta Muhammad Haiqal Mirzan Mohd Mazli.
Tertuduh dalam kes ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan.
Dalam masa yang sama, mangsa Wan Hafizie Wan Mohamad turut didakwa melakukan kekerasan kepada Mohamad Azlan Abdullah @ Ali pada malam pada 23 Oktober lalu.
Pssttt! Kes ini nampaknya bukan sekadar insiden biasa, tapi melibatkan pertelagahan dua pihak yang kini sama-sama didakwa di mahkamah. Apa pun, biarlah proses undang-undang berjalan dengan adil agar kebenaran dapat dibuktikan. Kadang-kadang, bila emosi menguasai keadaan, tindakan kecil boleh bertukar jadi kes besar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




