am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Jenazah kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat influenza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, malam tadi.
Ibunya, Normala Mohd Nor, 42, berkata, jenazah Muhammad Amsyar Farhan Mohd Noor, 11, dikebumikan kira-kira 9.30 malam selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai, jenazah Muhammad Amsyar Farhan sudah selamat dikebumikan malam tadi,” kata ketika dihubungi, hari ini.
Wanita itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Media semalam melaporkan pasangan suami isteri terpaksa menangguhkan pengebumian anak lelakinya yang meninggal dunia akibat influenza.
Muhammad Amsyar Farhan yang meninggal dunia kira-kira 1.30 pagi semalam dan sepatutnya dikebumikan jam 10 pagi.
Bagaimanapun, pengebumian kanak-kanak itu terpaksa ditangguhkan selepas jenazah diarahkan ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.
Muhammad Amsyar Farhan yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas, dikatakan mengalami demam sebelum dibawa ke klinik swasta untuk rawatan, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
© New Straits Times Press (M) Bhd




