Kes kematian pempengaruh Taiwan, polis tunggu arahan TPR

Kes kematian pempengaruh Taiwan, polis tunggu arahan TPR

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menunggu arahan lanjut daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah dilengkapkan dan sudah dirujuk ke pejabat TPR, hari ini.

“Polis kini sedang menunggu arahan selanjutnya,” katanya ringkas dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, polis menyambung reman sehingga hari ini terhadap pengarah dan penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan itu.

Namewee, tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yu-hsin berusia 31 tahun itu dijalankan dari pelbagai sudut.

Ia berikutan penyanyi itu individu terakhir yang dikatakan berada bersama mangsa.

Pempengaruh itu ditemukan mati di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, pada 22 Oktober lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top