Kes tragis yang menggemparkan negara akhirnya dibawa ke mahkamah apabila seorang pelajar kolej didakwa atas pertuduhan membunuh seorang wanita muda di Ketereh, Kelantan pada 1 Mei lalu.
BACA: Kes Pelajar Maut Di Ketereh, Polis Dedah Cemburu Jadi Punca
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh Nurfisya Zulkifly.
Tertuduh hanya mengangguk faham

Muhammad Hazim mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa membunuh Nurfisya antara jam 11.40 malam pada 30 April hingga 12.20 tengah malam 1 Mei di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.
Perbuatan menyebabkan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Mahkamah kemudian menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.
Pssttt! Kes seperti ini sememangnya memberi kesan mendalam kepada masyarakat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan golongan muda. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan dan keadilan dapat ditegakkan sebaiknya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




