Semalam negara dikejutkan dengan kes tragis melibatkan tiga beranak yang ditemui maut di Merbok, Kedah.
BACA: Kes Mayat 3 Beranak Di Merbok, Polis Dedah Perkembangan Yang Mengejutkan
Kejadian meruntun hati ramai kerana suspek dipercayai anak sendiri yang mengalami kemurungan sejak sekian lama.
“Sejarah kelam buat family kami…”

Di Facebook, ahli keluarga dikenali sebagai Yusuf Soberi berkongsi peribadi mangsa iaitu Mak Long yang sangat baik hati.
25.03.2026 – Hari ni bakal menjadi sejarah kelam buat family besar kami. Bila misteri kehilangan Mak Long Su Raya dan Pak Long Keri tanpa berita sepanjang 2 hari akhirnya terjawab awal pagi tadi. Tak ada kata yang mampu terucap selain ‘Allahuakbar!!’ berkali-kali.. berulang kali… Rasa sebak, sesak di dada cuba menelan setiap bait cerita.. rasa seperti mimpi ngeri tapi itulah realiti yang terjadi.
Kongsinya lagi, Mak Long Suraya seorang insan mulia yang tulus serta ringan berbudi. Dia mendoakan semoga Mak Long dan suaminya menerima ganjaran syurga tertinggi.
Pelaku didakwa alami depresi sejak lama, enggan dirawat
Dalam perkongsian itu, Yusuf turut mendedahkan bahawa pelaku merupakan sepupu mereka sendiri dan telah lama berdepan masalah kemurungan.

Namun, sepupunya itu tidak disahkan secara klinikal dan menolak untuk dirawat. Dakwanya, ibunya sudah berusaha untuk memulihkan sepupunya tetapi gagal.
Kalau berjaya dibawa jumpa pakar psikiatri dulu mungkin boleh dikenalpasti mental disorder jenis apa dan terapi yg sesuai kat Syakir. Syakir dulu seorang yang baik seperti maknya, dan tak pernah mengganggu orang lain. Tak pernah ada juga kaitan kes dadah dan penyalahgunaan bahan.
Tambahnya lagi, kejadian ini bukan sesuatu yang mudah untuk difahami secara logik. Sebagai keluarga mereka tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pelaku kerana keadaan dirinya ketika kejadian ‘bukan dirinya’.
Mereka reda dan mendoakan yang terbaik untuk ketiga-tiga arwah.

Untuk rekod, kes ini melibatkan tiga beranak yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Merbok.
Kejadian tersebut mengejutkan ramai pihak, apatah lagi apabila ia dipercayai melibatkan ahli keluarga sendiri serta isu kesihatan mental yang tidak ditangani lebih awal.
Pssttt! Kes ini jadi peringatan besar kepada kita semua tentang pentingnya mengambil serius isu kesihatan mental. Kadang-kadang, apa yang dipendam seseorang boleh jadi terlalu berat hingga di luar kawalan. Jangan tunggu sehingga tragedi berlaku baru kita sedar betapa pentingnya untuk bantu mereka yang sedang bergelut.
Kredit: Facebook Yusuf Sobery
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




