Kes Pelajar Di Cyberjaya: ‘Housemate’ Beri Kunci, Kad Akses Rumah Kepada Suspek | Trending – Oh! Media

Kes Pelajar Di Cyberjaya: ‘Housemate’ Beri Kunci, Kad Akses Rumah Kepada Suspek | Trending – Oh! Media

Trending

Penuntut wanita dibunuh di Cyberjaya selepas teman lelaki rakan serumah masuk menggunakan kunci yang diberi.


Dalam perkembangan terkini kes pembunuhan pelajar di Cyberjaya, pihak polis mendedahkan salah seorang suspek disiasat adalah rakan serumah mangsa.

Hasil siasatan mendapati suspek utama iaitu teman lelaki rakan serumah itu turut mempunyai kad akses ke kondominium berkenaan.

Suspek ada kunci rumah dan akses kondominium

Cyberjaya

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam laporan mStar berkata, suspek utama bermalam di unit tersebut selepas diberikan kad akses dan kunci oleh kekasihnya (rakan serumah mangsa).

Sementara, kekasihnya (rakan serumah mangsa) pulang ke kampung halaman. Apabila ada peluang berseorangan bersama mangsa, suspek telah memukulnya menggunakan objek hingga maut.

Suspek mempunyai niat jahat terhadap mangsa, jadi apabila ada peluang pada malam kejadian, suspek memukul mangsa menggunakan objek dan sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai pernah beberapa kali bermalam bersama kekasihnya di situ.

Tiada unsur serangan seksual pada tubuh mangsa

Cyberjaya

Beliau menambah, laporan patologi mendapati tiada sebarang tanda rogol pada tubuh mangsa namun siasatan lanjut tetap dijalankan untuk mengenal pasti sebarang unsur serangan seksual.

Lebih menyedihkan apabila suspek turut mencuri barangan peribadi milik mangsa selepas kejadian termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad ATM.

Suspek juga didapati mengeluarkan wang sebanyak RM200 dari kad ATM mangsa.

Kini, pihaknya masih menyiasat motif utama pembunuhan.

Pssttt! Siapa sangka, pengkhianatan boleh datang daripada orang yang kita kenali. Semoga keadilan dapat ditegakkan buat arwah Maniishhapriet dan keluarga.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top