Kes Rayuan Pecah Amanah Dan Wang Haram Syed Saddiq

Kes Rayuan Pecah Amanah Dan Wang Haram Syed Saddiq

Oh! Negara

Rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan pecah amanah, salah guna harta dan wang haram akan diputuskan esok.


Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui esok selepas hampir lapan bulan memfailkan rayuan terhadap sabitan empat pertuduhan melibatkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Keputusan dijangka diumumkan jam 9 pagi oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Hukuman lama: Penjara 7 tahun, sebatan & denda RM10 juta…

Syed Saddiq Bernama

Untuk rekod, Syed Saddiq telah disabitkan bersalah pada November 2023 dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kemudian memfailkan rayuan bagi mengetepikan keputusan itu. Antara pertuduhan utama ialah bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali dalam melakukan pecah amanah terhadap dana Armada berjumlah RM1 juta.

Kesalahan ini dikatakan berlaku pada 6 Mac 2020 di CIMB Bank Menara CIMB KL Sentral, dan didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Syed Saddiq didakwa salah guna RM120,000 untuk diri sendiri…

Syed Saddiq

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan RM120,000 dari akaun syarikat berkaitan Armada untuk kegunaan peribadi.

Perbuatan ini berlaku antara 8 hingga 21 April 2018 di Maybank, Taman Pandan Jaya, dan didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Dua lagi pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, iaitu pemindahan wang RM50,000 ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Syed Saddiq diwakili peguam terkenal Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik, manakala pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Pssttt! Esok bukan sekadar keputusan rayuan, tapi juga ujian besar buat kredibiliti seorang pemimpin muda yang pernah menjadi simbol perubahan politik anak muda. Sama ada bebas atau kekal bersalah, semuanya akan bergantung pada fakta dan undang-undang. Rakyat kini cuma menanti, apakah Syed Saddiq akan terus berdiri sebagai wakil rakyat atau sejarah politiknya terhenti di sini?

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top