am@hmetro.com.my
Kuala Selangor: Dua daripada tiga lelaki yang ditahan susulan kes samun berkumpulan menggunakan senjata api tiruan di dua lokasi berasingan di daerah ini, disambung reman selama empat hari.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Semua suspek disambung reman sehingga Sabtu ini,” katanya ringkas menerusi WhatsApp, hari ini.
Minggu lalu, polis menahan tiga suspek berusia 22 hingga 40 tahun di Kuala Selangor dan Teluk Intan, Perak.
Azaharudin dilaporkan berkata, suspek menyasarkan dua premis iaitu premis perniagaan jualan hasil laut di Pasir Penambang dan kedai runcit di Taman Radin, Tanjong Karang.
Kesemua mereka mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd