Isu video hubungan badan membabitkan seorang penceramah bebas bersama empat isterinya kini menjadi bualan hangat.
BACA: Penceramah Bebas Sebarkan Video Seks Bersama 4 Isteri Ditahan Polis
Tapi apa yang ramai tidak tahu, kebenaran tauliah individu terbabit rupa-rupanya pernah ditarik balik sebelum ini.
Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi MAIS, Senator Datuk Salehuddin Saidin memaklumkan tauliah individu terbabit sebenarnya sudah dibatalkan sejak dua tahun lepas, iaitu pada 2022.
Tauliah ditarik sejak 2022

Suspek turut pernah ditahan JAIS pada September 2024 kerana mengajar agama tanpa tauliah sah.
Kini, kes tersebut masih berjalan di Mahkamah Rendah Syariah. Malah, seorang pentadbir surau juga disiasat kerana dipercayai membenarkan ceramah itu diadakan.
Beliau menegaskan JAIS sentiasa memantau rapat perkara terbabit dan tindakan undang-undang termasuk tatatertib akan diambil terhadap pihak-pihak yang terbabit.
Jangan jemput penceramah secara semberono

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan, tindakan menarik tauliah penceramah akan dibuat pihak berkuasa agama negeri sekiranya penceramah didapati terlibat dalam perkara yang mencemarkan imej institusi agama.
Dr Mohd Na’im dalam kenyataannya menasihati orang ramai supaya jangan mudah percaya atau terus jemput sesiapa saja untuk berceramah, terutama berkaitan hal agama.
Sebab itu saya ingatkan orang ramai sebelum memanggil mana-mana penceramah supaya membuat semakan dahulu di jabatan mufti dan agama untuk memastikan penceramah berkenaan ada tauliah atau tidak.
Beliau juga menegaskan bahawa sesiapa yang ada rekod mencemarkan institusi agama memang tak layak pegang tauliah dan pihak berkuasa akan tarik semula kelulusan itu.
Pssttt! Inilah padahnya bila orang yang tak layak diberi pentas untuk berbicara soal agama. Hati-hati, jangan tertipu dengan imej luar semata-mata.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.